berita

SRK Bijak Layan Peminat, Penganjur Pula Diskriminasikan Media

February 17th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-02-16 at 9.45.50 PM

Siapa kata fenomena Bollywood sudah tenggelam di Malaysia? Buktinya, kemunculan Shah Rukh Khan di konsert ‘Temptation Reloaded’, Stadium Merdeka pada 15 Februari lalu masih mendapat sambutan yang tidak kurang hebatnya.

Walaupun masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami semasa menjalani penggambaran filem ‘Happy New Year’, hero kegemaran ramai itu nyata masih mampu memukau para penonton dengan persembahan gerak tarinya.

Artikel Berkaitan:

Menariknya, SRK dilihat begitu bijak melayan peminat apabila telah melamar seorang gadis berasal dari Pulau Pinang, Aisyah untuk menjadi kekasihnya.

Screen Shot 2014-02-16 at 9.54.50 PMShah Rukh Khan tetap memberi persembahan yang bertenaga walaupun masih belum pulih

Menerusi persembahan beberapa buah lagu medley popular seperti ‘Kuch Kuch Hota Hai ‘ dan ‘Chaiya Chaiya’, peminat bertuah tersebut telah dijemput untuk menari bersamanya.

Konsert yang berlangsung lebih 3 jam itu juga turut menampilkan dua primadona Bollywood iaitu Madhuri Dixit dan Rani Mukerji.

Agak malang buat kami kerana tidak dapat memberi gambaran dan ulasan yang lebih jelas dan menarik mengenai konsert ini berikutan tindakan pihak penganjur meletakkan kami di ruang stadium yang membataskan kami membuat liputan secara baik.

Pihak penganjur memberi alasan bahawa tempat media adalah sangat terhad dan hanya media yang terpilih sahaja diberikan pas untuk membuat liputan.

Kami terkejut kerana sebelum ini banyak lagi konsert bertaraf antarabangsa seperti konsert Metallica yang diberi liputan dan pihak penganjur tidak membezakan media perdana dan berorientasikan internet.

Screen Shot 2014-02-16 at 9.10.54 PM

Gambar yg diambil oleh penulis dari kerusi dan sudah di-zoom ke pentas

Akibat daripada itu, penulis dan beberapa orang lagi rakan media lain terpaksa duduk di kerusi paling belakang, betul-betul hujung ke hujung jaraknya daripada pentas utama.

Kedudukan itu sangat membataskan kami kerana tidak dapat melihat dengan jelas persembahan dan membataskan pendengaran kami bagi memberikan liputan yang jelas mengenai konsert ini.

Screen Shot 2014-02-17 at 12.28.26 AM

Penulis duduk di kawasan ‘Brown’

Malah, visual yang ditayangkan menerusi 2 skrin di kiri dan kanan pentas tidak mampu memberikan imej terbaik kerana terdapat gangguan silau dan sebagainya.

Mungkin jika dimaklumkan lebih awal, kami akan membeli sendiri tiket atau tidak perlu memberikan liputan kepada konsert ini. Tujuan kami ke sana bukan untuk bersukaria akan konsert ini tetapi bagi memberi peluang pembaca portal ini mendapatkan gambaran apa yang berlangsung ketika konsert itu.

Penulis bukanlah meminta untuk diberi layanan VIP atau sewaktu dengannya, tetapi memadai dengan diberikan tempat duduk yang lebih hampir dengan pentas utama yang mana membolehkan penulis untuk mengulas konsert tersebut dengan lebih baik.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×