Penyanyi, Stacy Anam meluahkan kesedihan dan rasa terkejut apabila abangnya, Chaq akhirnya pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
Artikel Berkaitan: Abang Stacy Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi
Artikel Berkaitan: Netizen Puji Anak Sulung Stacy Lancar Berbahasa Inggeris
Ujian berat
Memetik laporan Berita Harian, Stacy menjelaskan pemergian Chaq merupakan satu ujian berat buat dia dan keluarga kerana segalanya berlaku terlalu pantas. Chaq atau nama sebenarnya Camellus Delleli Anam, 35, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Sibu, Sarawak, jam 4.30 pagi Selasa lalu.
Dia janji nak balik jumpa kami sekeluarga dalam masa terdekat, namun, tak sangka pulang dengan tubuh kaku.
Memang pemergian Chaq meninggalkan kesedihan mendalam, tetapi agak lama arwah bertahan dan bertarung nyawa. Nyata, Tuhan lebih menyayangi Chaq.
Tambah penyanyi berusia 32 tahun ini, abangnya itu merupakan insan yang sentiasa berhubung dengan ahli keluarga. Malah, keperibadiannya yang ceria dan suka bergurau menyebabkan dia sekeluarga menyifatkan pemergian ini sebagai satu kehilangan yang sungguh berat.
Chaq paling aktif dalam kumpulan WhatsApp keluarga. Chaq selalu mencari kami tidak kiralah dalam kumpulan WhatsApp ataupun menghantar mesej secara peribadi. Dia paling suka bergurau dan menyakat adik-beradik. Malah, Chaq antara individu yang paling awal mengingati tarikh penting dalam keluarga.
Saya akan merinduinya. Doakan kami sekeluarga tabah dan kuat dalam menghadapi ujian tidak terduga ini. Terima kasih kepada semua yang mendoakan Chaq. Semoga Chaq tenang bertemu pencipta.
Terdahulu, Chaq dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 12 Mac lalu sehingga terpaksa ditidurkan akibat mengalami pendarahan di kepala.
Sumber: Berita Harian