berita

Wanita Nak Bersalin Seorang Diri, Kecewa Suami Rancang ‘Tambah Bini’ Masa Sedang Hamil

January 18th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Apakah perasaan seorang isteri apabila suami yang dicintainya menyatakan hasrat untuk bernikah satu lagi di saat dirinya sedang sarat mengandungkan zuriat mereka?

Itulah perasaan yang dialami oleh seorang individu ini menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di aplikasi X.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Menunggu Hari Untuk Bersalin, Ibu Hamil Sedih Kereta Dihempap Pokok Besar

Nak bersalin sendiri

Menerusi ciapan dikongsikan @twtsecretsmy, seorang individu tampil meluahkan perasaannya terhadap isu berkenaan dan mengatakan bahawa dia ingin melahirkan anaknya di dalam bilik bersalin seorang diri tanpa ditemani suami di sisi.

Menurut individu tersebut, dia mengalami tekanan perasaan yang teruk selepas suaminya menyatakan ingin bernikah satu lagi pada hujung tahun ini.

Saya akan melahirkan anak saya dalam minggu hadapan, saya tak nak suami saya teman saya dalam bilik bersalin. Boleh ke?

Saya tertekan sangat sejak enam bulan kebelakangan ini sebab suami ada cakap nak kahwin lagi satu hujung tahun ini. Kadang-kadang saya okay, kadang-kadang tidak.

Tapi sejak enam bulan lepas, suami dan bakal madu mesej hampir setiap hari, jadi sudah tentu saya sebagai seorang isteri ada rasa cemburu itu.

Jelas individu itu lagi, dirinya khuatir akan bertambah tertekan jika si suami menemaninya di bilik bersalin sambil bertukar hantaran mesej bersama bakal madunya itu.

Kalau suami teman, saya boleh bayangkan waktu saya tengah menahan sakit suami akan hantar mesej pada perempuan itu beritahu keadaan saya di dalam bilik bersalin.

Waktu itu saya akan rasa lebih teruk dan akhirnya akan ‘give up’ nak meneran keluarkan anak kami.

Di akhir perkongsiannya itu, individu berkenaan memohon agar wargamaya yang membaca perkongsiannya itu mendoakan urusannya dipermudahkan.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan keadaan yang dihadapi individu tersebut dan mendoakan agar dia terus tabah dengan ujian yang dihadapinya itu.

Netizen juga mendoakan agar segala urusannya ketika melahirkan anak dipermudah.

Sumber: Aplikasi X

SKIP THIS AD ×