Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah berkongsi tentang status dirinya dan juga ciri-ciri lelaki idaman.
Artikel Berkaitan: Nonny Nadirah Imbas Kembali Momen Jadi Peserta AF – ‘Pertama Kali Di Pentas Besar’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nonny Nadirah Dedah Pernah Kerja Di ‘Club’ Sebelum Hijrah, Hilang 3 Tahun Cari Ilmu Agama
Pilihan Nonny
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG), Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin memuat naik kriteria yang diinginkan daripada seorang lelaki.
Dalam masa yang sama, bekas peserta Akademi Fantasia itu juga berharap agar dikurniakan jodoh yang baik.
Status saya sekarang, single..janda. Sorry, but not available.
Saya sedang menunggu putera saya daripada Allah. Nak yang tinggi cecah julang ke langit!
Aku percaya dengan doa, tak dapat dekat dunia Allah pasti bagi dekat akhirat.
Dalam pada itu, aktres berusia 34 tahun tersebut juga dilihat seolah-olah kesal dengan sikap kaum adam yang sering menyalahkan pasangan mereka.
Dulu sis selalu terkena, asyik sis je yang nakal.
Sekarang lelaki..I reserved my comment. Jangan asyik cari point isteri sahaja yang salah. Tolonglah.
Terdahulu, Nonny pernah menjalin cinta bersama aktor, Niezam Zaidi namun hubungan mereka tidak kesampaian apabila mereka membatalkan perkahwinan yang sudah dirancang.
Aktres tersebut sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga bersama Mustain pada tahun 2018 namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama setahun.
Nonny baru-baru ini, sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan memuat naik video memperlihatkan dirinya seakan sedang berkemban.
Sebelum ini, Nonny mengejutkan pengikut dan peminatnya apabila tampil dengan imej botak.
Berikutan tindakannya itu, Nonny didakwa oleh warganet seperti dahagakan perhatian.
Sumber: Instagram Nonny Nadirah