Pesakit kanser, pesakit kronik, kanak-kanak dan warga emas merupakan golongan berisiko untuk dijangkiti wabak Covid-19. Mereka mempunyai daya tahan badan yang rendah lebih mudah terdedah kepada wabak maut ini.
Di Facebook, seorang ibu berkongsi kisah anak yang baru berusia sebulan disahkan positif Covid-19. Menerusi video yang dimuatnaik, kelihatan si ibu mendukung bayi kecilnya itu di dalam ambulan menuju ke hospital.
Bayi berpantang di rumah
Please guys, siapa-siapa yang rasa ada simptom or ada contact dengan orang-orang yang positif covid19 ni cepat-cepat buat saringan. Dari mana Zahra dapat virus ni biar kami dan pihak KKM je tahu. Btw result kami sekeluarga kecuali Zahra belum keluar or maybe negatif kami pon tak pasti. Dan mungkin akan ade saringan ke 2 untuk kami sekeluarga.. so korang please stay at home, kerap cuci tangan, jaga kebersihan dan terus berdoa supaya negara kita bebas dr covid19.
Semoga ami n zahra dpt kumpul balik dgn family secepat mungkin .. Aamiin
#ZahrakuatuntukAmi
#AmikuatuntukZahra
#keeppray4Zahra
Kuatkanlah hati kami
NUR AISHAH ZAHRA TURN ONE MONTH
Ami dan ddy orang paling excited sangat nak tengok Zahra membesar. Tapi semalam kita semua diduga dengan berita yang paling menakutkan. Luruh hati kami bila pihak KKM call dan bagitahu result saringan covid19 zahra POSITIF. AllahuAkhbar paling meruntun hati staff nurse bagitahu Zahra usia paling muda yang positif dekat hospital ni.
Allah sesungguhnya kami yang Kau pilih untuk diduga, maka Kau kuatkanlah hati kami, Kau kuatkanlah fizikal dan mental kami ya Allah untuk lalui semua ini. Kau berikanlah kekuatan dalam diri kami untuk melawan virus Covid19 ni ya Allah. Kau angkatlah virus ini kembali dari diri kami, negara kami dan bumi ini ya Allah. Aamiin ya Rabb.
Mintak kalian doakan Kesembuhan dan kesihatan zahra .. dan doakan ami Zahra kuat jaga Zahra
#zahraturn1month
#zahraCovidfighter
#zahrakuatinsyaAllah
Menangis nak pakaikan baju ni
Pagi tadi ami menangis terduduk nak masa pakaikan awak baju ni. Baju ni satu-satunya baju bunga-bunga yang ami sempat belikan dan ami janji nak pakaikan masa genap awak sebulan nk pergi check up dan inject sebulan. Tapi harini ami pakaikan Zahra dan kita duduk dekat hospital untuk lawan virus covid ni.
Maafkan ami syg ami tak sempat nak belikan awak baju banyak-banyak dan cantik-cantik sebab ami tak sangka dunia jadi huru hara dek kerana virus ni lepas awak lahir. Dari hadirnya Zahra dalam rahim ami sampai awak lahir ami bayangkan yang indah-indah saja. Tapi takpe nakk. Allah pilih Zahra dan mangsa-mangsa covid lain untuk diuji, semoga baik-baik hikmah yang Allah beri selepas ni. Zahra kuat, ami kuat, ddy pon kuat. Nanti kita kumpul semula macam selalu ye nak.
Sumber : Nur Azeila Selamat