Siapa yang mengikuti ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin atau ebih dikenali dengan nama ‘KJ’ pasti tahu beliau sangat aktif di media sosial. Selain memiliki gaya yang maskulin dan stylo, sikap mesra beliau juga merupakan salah satu sebab mengapa beliau mudah didekati oleh rakyat terutamanya golongan muda.
Jika sebelum ini, kecoh di media sosial apabila KJ menghiasi muka hadapan sebuah majalah. Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila KJ membuat persembahan nyanyian sambil ‘goreng’ gitar bersama anak-anaknya di atas pentas sekali lagi telah menarik perhatian netizen.
‘Band Cougiran’
https://www.instagram.com/p/B3qOuEgAZ7C/
Menerusi video yang dimuat naik oleh KJ di laman instagram miliknya, kelihatan ahli Parlimen Rembau ini sedang menyanyi sambil bermain gitar bersama anak-anaknya. Dalam posting tersebut, KJ turut memperkenalkan diri mereka sebagai ‘Cougiran’.
Anak-anak kepada Bekas Menteri Belia dan Sukan ini membuat persembahan dengan mendendangkan lagu bertajuk Come Together oleh kumpulan The Beatles.
‘Power bossku’
Perkongsian KJ telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata daripada mereka memuji persembahan yang dianggap cool dan penuh gaya. Tidak kurang juga daripada mereka yang terhibur dengan telatah anak-beranak itu membuat persembahan di atas pentas.
Sumber: Khairy Jamaluddin, Ironwood