berita

Steve Vai Turun Malaysia Mac Ini!

February 18th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2014-02-17 at 11.25.36 PM

Sudah pasti kunjungan gitaris terbaik antarabangsa ini merupakan saat yang paling dinantikan oleh penggemar muzik rock bukan? Dengan penjualan lebih 15 juta album di seluruh dunia, nyata Steve Vai punyai pengaruh yang kuat dalam muziknya.

Jadi, jika anda adalah salah seorang peminat tegar gitaris yang berusia 54 tahun ini pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menonton konsert ‘Steve Vai Live Tour in KL 2014’ yang dijadualkan akan berlangsung di KL Live pada 22 Mac depan.

Screen Shot 2014-02-17 at 11.27.03 PMPoster rasmi ‘Steve Vai Live Tour in KL 2014’

Tiket bagi konsert ‘Steve Vai Live Tour in KL 2014’ ini telah mula dijual dan boleh didapati dengan harga RM199 sehingga RM399 di ticketcharge.com.my dan acmusicentertainment.com.

Istimewanya, bagi 300 orang pembeli tiket terawal berpeluang untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 20% dan bagi 100 pembeli pertama ‘Pit Ticket’ pula layak untuk menerima sekeping poster edisi terhad Steve Vai.

Apa tunggu lagi? Jomlah ramai-ramai kita beli tiket dan serbu KL Live pada 22 Mac ini! Bagi mereka yang tak pernah dengar lagu Steve Vai, kami juga ada sediakan video khas untuk anda.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×