Money Matters merupakan sebuah rancangan bual bicara kewangan dan ekonomi yang membawakan panel-panel jemputan yang tidak asing lagi.
Justeru itu, menerusi episod istimewa Money Matters kali ini, TV3 membawa Timbalan Menteri Kewangan, YB Steven Sim Chee Keong untuk memberikan pendedahan bagaimana menghasilkan ‘Belanjawan Sempurna’ untuk rakyat.
Dalam siaran Money Matters minggu ini, YB Steven Sim akan berkongsi serba sedikit pendapatnya tentang cara menghasilkan bajet yang sempurna buat rakyat, dengan mengimbangi keperluan komuniti perniagaan dan meningkatkan usaha untuk menarik pelabur.
Dalam masa sama, beliau akan turut menerangkan tentang Belanjawan 2023 yang berteraskan kesejahteraan dan kebajikan rakyat segenap lapisan masyarakat dengan mengambil kira cabaran yang bakal dihadapi oleh negara saat ini.
Pemilihan belau sebagai panel kali ini dipengaruhi oleh jawatan yang disandang kini sesuai dengan kebijaksanaan beliau. Malah, anak kelahiran Pulau Pinang ini telah dinobatkan sebagai Young Global Leader oleh Forum Ekonomi Sedunia yang berpusat di Geneva, Switzerland pada tahun 2012.
Bukan itu sahaja, beliau juga pernah berkhidmat di sebuah syarikat multinasional sebelum datang ke Putrajaya. Bekas pelajar Sekolah Menengah Bukit Martajam itu juga merupakan seorang pengarang dan juga Ahli Lembaga Pengarah Penang Institute.
Saksikan episod istimewa dengan penampilan beliau dalam rancangan Money Matters pada 4 Mac 2023, Sabtu ini pada jam 5.00 petang hanya di TV3. Selain itu, penonton juga boleh menstrim langsung episod penuh di www.tonton.com.my serta boleh dapatkan lebih banyak maklumat berkaitan program ini di Twitter @MoneyMattersTV3.