berita

‘Stop Buat Parodi Sissy, Naim & Mummy. Tak Kelakar & Tak Perlu’ – Ayda Jebat

January 26th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi dan peserta program Famili Duo iaitu Ayda Jebat memberi teguran secara terbuka buat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dengan sengaja menambah api atas kontroversi melanda Sissy Imann dan Naim Daniel pada minggu lalu.

Berhenti buat parodi

Di Instagram Story, Ayda meminta orang ramai untuk berhenti membuat parodi berkenaan persembahan Sissy dan Naim sewaktu menerima kritikan daripada juri, Mas Idayu.

Kepada semua, tak kisahlah siapa pun termasuk influencer, artis sendu, hot ke tak, stop buat parody about Sissy, Naim dan Mummy (Mas Idayu). Tak kelakar dan tak perlu. Tak perlu ride dengan issue yang ada. Jadi minyak nak tambah api. Cari bahan dan cari lain untuk buat content or jadi terkenal. Semoga berjaya ye. Sekian terima kasih.

Di samping itu, pelantun lagu ‘Nakal Nakal Nakal’ ini turut memberi pesanan kepada Sissy dan Naim agar terus bersemangat dan fokus kepada konsert Famili Duo akan datang.

Sissy dan Naim, come back stronger. Fikir yang positive, semangat, Insya-Allah semuanya dipermudahkan.

Sumber: Ayda Jebat

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×