berita

Stop Making Stupid People Famous – Shukri Yahaya Jawab Dakwaan Goda Wanita Di Wechat

June 9th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

Jika sebelum ini drama yang dibintangi oleh pelakon berbakat Shukri Yahaya, 7 Hari Mencintaimu mendapat sambutan yang sangat hebat. Drama terbarunya, Andainya Takdir terbitan TV3 juga turut sama trending dan mendapat sambutan. Mana taknya lakonan Shukri ni memang ‘real’.

Namun, baru-baru ini ada dakwaaan yang tak best pasal pelakon ini. Betul ke itu Shukri Yahaya? Baca penjelasan ini

Mesej menggoda?

Screenshot perbualan yang dikongsi seorang wanita mendakwa lelaki itu pelakon popular Shukri Yahaya. 

Shukri menafikan, ‘fake account’ yang menyamar dirinya

Menerusi mStar, Shukri Yahaya menafikan perkara tersebut dan enggan ambil kisah pendedahan palsu itu kerana semua orang boleh menjadi dirinya. Semua orang boleh buat ‘fake account’ dengan menggunakan gambarnya.

“Saya pun dapat tahu berita ni pagi ini. Komen saya senang je, orang sekarang sanggup buat apa sahaja untuk ‘famouskan’ diri mereka tanpa rasa malu akan diri sendiri.

“Mereka seperti sudah tidak bermaruah dan nak popular cara pantaslah ni. Saya sikit tidak terasa dan malas nak layan.

Stop making stupid people famous

“Saya malas nak layan mereka, saya maafkan mereka di bulan puasa ni. Orang macam ni buat kita hilang sabar, baik tidak payah layan langsung,”

Shukri Yahya juga mendakwa wanita berkenaan sengaja menggunakan cara tersebut untuk meraih perhatian.

sumber : Twitter , mStar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×