Pelakon berbakat, Nabila Huda menerusi Instagram Story meluahkan pendapatnya mengenai situasi semasa industri hiburan tanah air. Menurutnya, untuk menghasilkan drama atau filem setanding Hollywood, produksi memainkan peranan yang penting dalam pemilihan pelakon, lokasi, wardrobe dan sebagainya.
Lebihkan bajet untuk drama setanding Hollywood
Menurutnya, penerbit harus mengambil contoh daripada filem-filem Hollywood dalam menghasilkan sesuatu karya yang hebat. Apa yang penting adalah kesungguhan dan bajet yang besar barulah setanding dengan karya daripada negara luar.
Stop pilih pelakon kegemaran
Tambahnya lagi, pemilihan pelakon adalah sangat penting kerana tidak semua mampu membawa watak yang diberikan. Bagi pelakon baru, ujibakat haruslah dibuat terlebih dahulu kerana kekurangan pengalaman boleh memberi impak yang besar kepada mutu lakonan.
Janganlah nak cantik je
Nabila Huda turut meluahkan pendapat mengenai pemilihan lokasi yang dikatakan kurang kreatif. Dia turut menasihati para pelakon supaya memberi komitmen seratus peratus apabila menceburi bidang seni. Bukan untuk glamor sahaja.
Jangan pentingkan diri
Sumber : Nabila Huda