Foto: Kerajaan Online
Berita baik buat semua rakyat Malaysia, permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024 kini telah dibuka bermula 1 November 2024.
Berikut, OhBulan! kongsikan kepada anda maklumat penting dan cara permohonan STR. Jom tengok!
Siapa layak mohon?
Individu yang layak memohon adalah isi rumah yang berkahwin (ada anak/tidak), ibu atau bapa tunggal, balu, janda atau duda yang mempunyai anak dan isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah.
Kategori kedua pula adalah buat warga emas bujang atau tiada pasangan. Bagi warga emas yang tiada pasangan (ibu bapa tunggal, balu, janda, duda) yang tidak memiliki anak dan had umur 60 tahun dan ke atas. Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah.
Terakhir adalah kategori bujang atau ibu bapa tunggal, balu, janda, duda yang tiada anak dan umur antara 21 tahun hingga 59 tahun. Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas dan bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa. Pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah.
Manakala kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun mulai Januari 2024 berbanding RM3100 pada tahun 2023.
Macam mana nak mohon?
Terdapat dua kaedah permohonan STR iaitu secara dalam talian dan penghantaran borang secara manual.
Permohonan secara dalam talian boleh layari portal rasmi STR LHDNM. https://bantuantunai.hasil.gov.my
Permohonan melalui borang boleh hadir ke Pejabat Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL), Pejabat Satelit HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL atau boleh diposkan ke Alamat Kementerian Kewangan.
Borang permohonan boleh dicetak melalui laman Portal Rasmi STR berikut; https://bantuantunai.hasil.gov.my
Semakan secara dalam talian di https://bantuantunai.hasil.gov.my atau semakan secara aplikasi mobile Sumbangan Tunai Rahmah. Muat turun di Play Store bagi platform Android.
Berapa jumlah STR?
Risalah bantuantunai.hasil
Bila pembayaran STR?
Risalah bantuantunai.hasil
Sekadar info, pemohon yang perlu membuat kemas kini adalah permohonan yang tidak dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 kecuali warga emas dan pedalaman Sabah / Sarawak. Penerima STR 2023 yang mempunyai perubahan maklumat.
Manakala, pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024 perlu membuat permohonan baharu.