berita

Stress Lah Kulit Kusam & Kering! Rangkaian Hada Labo H.A. Supreme Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit!

January 21st, 2022 | by Nurul
Sponsored Post

Masalah kulit wajah kering, kusam, berminyak, berjerawat dan sensitif ni rasa-rasanya dialami oleh kebanyakan orang. Kadang-kadang dah cuba macam-macam produk pun masih tak berkesan. Dari produk murah sehinggalah yang mahal semuanya dah cuba, tapi tak dapat selesaikan masalah kulit korang tu.

Haa..jangan risau, meh kami kongsikan satu rahsia untuk wajah yang lebih lembap, sihat dan cerah. Eh, admin pun guna tau, sampai dah jadi favourite!

Rangkaian Hada Labo H.A. Supreme Booster Serum mungkin produk yang korang cari selama ini!

Tak lengkap rutin penjagaan kulit korang kalau tak ada serum. Yelah, macam yang kita semua tahu, serum ni bukan saja boleh menganjal dan melembapkan kulit, malah mampu memperbaiki masalah kulit wajah, mulai dari jerawat hingga kedutan!

Yang lebih istimewa, koleksi Hada Labo H.A. Supreme Booster Serum ni bukan serum biasa-biasa tau! Ia merupakan booster serum yang dapat memberikan kesan yang lebih cepat berbanding serum lain. Lagi best, produk ini juga dapat membantu menyelesaikan masalah kekeringan, kusam, garis halus, jerawat dan masalah kulit yang lain dengan lebih berkesan.

Teksturnya juga ringan dan pantas menembusi jauh ke dalam kulit!

Terdapat dalam 3 rangkaian berbeza dengan fungsi yang tersendiri!

Dah namanya manusia, kondisi kulit pun mestilah lain-lain kan? Kalau korang nak tahu, Hada Labo H.A. Supreme Booster Serum ni tersedia dalam 3 rangkaian yang berlainan untuk memenuhi keperluan kulit korang semua.

Jadi, korang bolehlah pilih rangkaian yang bersesuaian dengan kondisi kulit korang!

1. H.A. Supreme Vita Brightening Booster Serum

Hada Labo H.A. Supreme Vita Brightening Booster Serum ialah serum yang telah dinaik taraf dan diperkaya dengan formula suntikan pemutihan iaitu 5% niacinamide dan Vitamin B12 yang dapat mencerahkan kulit dengan berkesan.

Ia juga diformulasikan dengan 4 jenis asid hyaluronik dan dapat menyerap jauh ke dalam lapisan kulit sehingga 1.5mm, sekaligus mengurangkan bintik hitam dan parut jerawat sebanyak 48%!

Haa..bagi korang yang ada masalah kulit kusam dan berjerawat tu, Hada Labo H.A. Supreme Vita Brightening Booster Serum memang untuk korang!

2. H.A. Supreme Cera Moisturizing Booster Serum

Kalau korang ada masalah kulit kering, H.A. Supreme Cera Moisturizing Booster Serum ni memang pilihan yang tepat. Juga diperkaya dengan 4 asid hyaluronik dan ceramide yang sangat melembapkan, serum ini bukan sahaja dapat membantu menghidratkan kulit sehingga 24 jam, malah ia dapat mengecilkan pori dan menguatkan penghalang kulit.

Dalam masa yang sama, ia juga boleh membentuk filem pelindung yang mengunci air untuk mengelakkan kehilangan lembapan pada permukaan kulit korang.

3. H.A. Supreme Cica Soothing Booster Serum

Kulit kusam sudah, kulit kering pun sudah, kini tibalah masanya untuk masalah kulit sensitif pula! Selalunya, susah betul nak cari serum yang sesuai dengan kulit sensitif kan. Yelah, bukan boleh sebarang, rosak kulit muka nanti!

Haa..H.A. Supreme Cica Soothing Booster Serum kan ada! Serum ini memang sangat sesuai untuk kulit berjerawat serta sensitif. Kandungannya yang kaya dengan estrak Cica, komplek Centella Asiatica 20,000ppm dan 4 jenis asid hyaluronik membantu menghidrat dan memperbaiki kulit rosak, sekaligus menenangkan kulit yang teriritasi dalam masa 5 minit sahaja. Fuiyo!

Bukan itu je, ketiga-tiga rangkaian serum ini juga mempunyai tekstur yang ringan dan mudah diserap serta memberikan 24 jam penghidratan ke dalam kulit. Yang paling penting, ia bebas alkohol, pewangi, minyak mineral, pewarna dan sesuai untuk semua jenis kulit. Bestnya!

Dapatkannya di pasaran sekarang untuk kulit lebih cerah berseri!

Jadi, apa tunggu lagi? Admin dah jatuh cinta, korang bila lagi? Jomlah dapatkannya cepat-cepat, boleh flawless sama-sama nanti!

Korang boleh dapatkan rangkaian Hada Labo H.A. Supreme Booster Serum ni secara pembelian di sini ataupun layari laman web Hada Labo untuk maklumat lanjut.

SKIP THIS AD ×