Sekadar gambar hiasan
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi kisah mengenai rumah tangganya yang baru sahaja dibina dan lebih mengejutkan apabila dia mengakui terkejut selepas melihat kemaluan suaminya.
Suami tak sunat?
Sekadar gambar hiasan
Menerusi luahan yang dikongsikan semula di platform X, wanita yang tidak mendedahkan identiti ini memaklumkan bahawa dia terkejut apabila melihat alat sulit suami yang baru dikahwininya itu masih belum disunat.
Aku baru tahu tapi wujud ke lelaki belum sunat dekat luar sana? Suami aku pun belum sunat, sumpah tak tahu nak cakap apa.
Wanita ini memaklumkan bahawa dirinya dan suami adalah beragama Islam dan dia tidak tahu mengapa lelaki itu tidak sunat sedangkan berkhatan itu adalah satu perkara yang wajib dilakukan oleh seorang Muslim mengikut Mazhab Imam Shafie.
Tambah wanita ini lagi, dia juga buntu bagaimana untuk berdepan dan memberitahu suaminya itu supaya berkhatan terlebih dahulu sebelum melakukan hubungan badan.
Macam mana aku nak beritahu benda ni, nak suruh pergi sunat dulu sebelum bersama.
Susulan daripada perkongsian itu, ramai dalam kalangan warganet turut berkongsi nasihat dan pengalaman yang dilalui mereka apabila berdepan dengan situasi yang sama.
Macam mana nak tahu beza sunat dan tak sunat? Aku belum kahwin, curious nak tahu.
Bawa suami pergi klinik, sunat laser je murah.
Saya pun pernah ada pesakit, dah tua umur 50-an tak sunat. Tak sunat sebab takut bukan sebab sakit.
Memang wujud orang macam tu, salah mak pak dia. Ada sorang perempuan aku kenal, anak dia dah darjah 5 tapi tak sunat lagi.
Hukum wajib pun tak baik, nipula benda-benda lain nanti.
Sumber: Platform X Meinmokhtar