Pelakon Dayana Roza meluahkan hasrat untuk kembali aktif berlakon selepas melahirkan anak kedua pada hujung bulan Disember tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Dayana Roza Sambut Raya Ala Kadar, Imbau Tragedi Huru Hara Ambil Lemang Naik Motor Semasa PKP
Artikel Berkaitan: Dayana Roza Selamat Bersalin Anak Kedua, Baby Boy!
Artikel Berkaitan: Isteri Kena Ada Duit Sendiri, Tak Perlu Reda Je Dengan Perkahwinan ‘Toksik”- Dayana Roza
Saya dah bersedia
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Dayana memberitahu dia sudah mendapat kebenaran daripada suaminya, A’dale Adham Ayahudin untuk kembali aktif dalam dunia seni.
Saya bersedia untuk kembali aktif berlakon. Usia anak kedua ini juga sudah masuk enam bulan. Jadi, bolehlah saya meneruskan kerjaya ini.
Sebagai persiapan untuk kembali aktif dalam bidang lakonan, Dayana berkata, dia giat melakukan senaman bagi mendapatkan bentuk badan seperti sebelum hamil dulu.
Syukur kerana suami juga memahami minat saya dan tidak menghalang saya untuk aktif berlakon. Cuma, saya sendiri perlu tahu batas bersesuaian dengan status saya sebagai isteri dan juga ibu.
Bidang lakonan memang minat saya sejak dulu. Jadi, buat masa ini saya terbuka untuk menerima tawaran yang bersesuaian dengan status saya.
Bukan apa, tak boleh juga untuk meninggalkan anak terlalu lama dan begitu jauh,” katanya yang mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2020.
Pada masa yang sama, Dayana turut meluahkan hasrat mahu meneroka bidang pengacaraan yang pernah dilakukannya sebelum ini.
Saya pernah menjadi pengacara sebelum ini, namun lebih mengutamakan tawaran dalam bidang lakonan.
Jika diberikan peluang, saya ingin kedua-dua bidang ini. Mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang baru dan keluar dari zon selesa.