berita

Suami Balik Kerja Mengamuk Isteri Tak Masak, Syok Main Telefon – ‘Isteri Jenis Apa Ni, Salahkah Kalau Halau Dari Rumah?’

September 24th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Tangkap layar video Kanjeng_Mamiew2

Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki dipercayai berang selepas mendapati isterinya leka bermain telefon bimbit dan membiarkan rumah dalam keadaan tidak terurus.

‘Isteri jenis apa ini?’

Tangkap layar video Kanjeng_Mamiew2

Menerusi laporan Suara.com, video viral itu dipercayai dimuat naik di TikTok oleh suami kepada wanita berkenaan. Video pendek tersebut kelihatan si suami yang baru sahaja pulang dari kerja seakan kecewa dengan tindakan isterinya yang hanya mementingkan telefon bimbit dan langsung tidak mengendahkan hal rumah tangga mereka.

Isteri jenis apa ini? Salahkah kalau saya menghalau dia keluar dari rumah?

Apa yang membuatkan dia semakin marah apabila mendapati si isteri tidak menyediakan sebarang makanan buatnya selain membiarkan dapur berada dalam keadaan berselerak. Malah terdapat banyak pinggan mangkuk di dalam sinki yang masih belum dicuci. Lelaki terbabit kemudian menegur perbuatan isterinya namun sebaliknya yang berlaku apabila wanita itu dengan selambanya menyuruh si suami memasak mi segera sekiranya lapar. Tidak terhenti di situ, dia kemudian meminta si suami membasuh pinggan yang kotor untuk digunakan.

Video yang dikongsikan itu telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya mempersoalkan tanggungjawab wanita itu sebagai seorang isteri.

Video penuh


Sumber: Suara.com

SKIP THIS AD ×