berita

Suami ‘Bantai’ Isteri Depan Khalayak Ramai Sebab Pergi Salon

August 18th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang suami di Ashgabat, Turkmenistan bertindak ganas memukul isterinya selepas mendapati wanita itu berada di sebuah salon kecantikan.

Pergi salon salah di sisi undang-undang

Memetik laporan Daily Mail, satu rakaman video tular menunjukkan seorang lelaki menumbuk dan menendang isterinya di hadapan pelanggan lain di sebuah salon.

Dalam video berkenaan, lelaki itu menyerbu salon berkenaan dan menjerit kepada isterinya yang dilihat seperti dalam ketakutan.

Pada mula lelaki itu menolak isterinya dan meninggalkan salon itu, beberapa saat kemudian, dia kembali dan menyerang isterinya sehingga terjatuh atas lantai.

Pelanggan wanita lain dan jurusolek terlalu takut untuk menghalang lelaki itu daripada menyerang isterinya.

Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah salon di daerah Kyoshi berhampiran ibu kota Ashgabat di mana mengunjungi salon kecantikan adalah satu kesalahan serius.

Malah, kebanyakan pusat kecantikan di ibu kota itu menjalankan perniagaan secara bersembunyi dan berdepan hukuman penjara sekiranya tertangkap.

Bukan itu sahaja, golongan suami di negara itu berdepan denda sekiranya isteri mereka didapati melakukan rawatan kecantikan atau kosmetik yang tertentu.

Sejak April, pihak berkuasa Turkmenistan telah menahan puluhan wanita kerana memakai kuku dan bulu mata palsu.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×