Seorang wanita yang sedang sarat hamil maut akibat dibunuh oleh suaminya sendiri dalam satu kejadian pada 9 Julai lalu di Indonesia.
Artikel Berkaitan: Ibu Balut Bayi Dengan Tuala & Sorok Dalam Almari Pakaian, Nenek Terkejut Jumpa Mayat Cucu
Artikel Berkaitan: Dua Beradik Bawah Umur Akhiri Hayat Bapa Kandung Di Kedai Perabot, Dendam Digelar Pencuri & ‘Anak Haram’
Suami bunuh isteri sarat hamil
Pembunuhan itu berpunca daripada pertengkaran yang berlaku antara suspek iaitu Rahma Rizki dan mangsa, 19 yang melibatkan masalah kewangan.
Disebabkan sakit hati dengan kata-kata yang dikeluarkan si isteri, suspek bertindak di luar kawalan dengan menekup wajah mangsa menggunakan bantal selama empat minit sehingga lemas.
Lebih mengejutkan apabila suspek tergamak menyetubuhi mayat isterinya. Suspek kemudian membawa isterinya ke hospital kononnya untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
Suspek seterusnya membawa mayat mangsa ke rumah orang tuanya dan di situ, ahli keluarga mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena selepas melihat keadaan mayat mangsa yang terdapat kesan luka dan lebam.
Susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat dan suspek akhirnya ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 338 Kanun Keseksaan menurut Perlembagaan Indonesia.
Sumber: Sumberkita