Seorang suami di Indramayu, Jawa Barat, Jakarta tergamak mencekik isterinya sehingga mati sebelum nekad ‘menyimpan’ mayat tersebut di dalam rumah. Mayat wanita yang berusia 65 tahun itu tidak dikebumikan seperti biasa tetapi ditanam di bawah tempat tidur di rumahnya selama 40 hari sebelum dapat dikenal pasti.
40 hari duduk bersama mayat isteri
Menurut Kompas rahsia suami itu terbongkar apabila penduduk setempat menemui mayat isterinya yang ditanam di dalam lubang di bawah tempat tidur suaminya.
Mayat wanita itu ditanam di bawah tempat tidur suaminya bagi mengelakkan orang lain tahu. Dia bertindak sedemikian kerana panik dengan kejadian yang berlaku dan bertindak untuk menanam mayat isterinya untuk menghapuskan segala bukti.
Suspek dikatakan tidur selama 40 hari bersama mayat tersebut. Bau busuk yang datang dari rumah suspek menyebabkan penduduk terbau dan terus membuat laporan polis.
Tak tahan isteri kerap minta duit
Foto: Kompas
Menurut Ketua Polis Indramayu, Suhermanto berkata suspek hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan melakukan pembunuhan tersebut kerana tidak tahan dengan sikap isterinya yang sering meminta duit dengannya.
Sebelum kejadian berlaku, mangsa ada meminta wang sebanyak 150,000 rupiah (anggaran RM 42) dan sempat menghalau suspek kerana tidak memberi wang yang dimintanya.
Motif pembunuhan berpunca daripada sikap marah suspek terhadap mangsa sehingga sanggup mencekik mangsa sampai meninggal dunia. Suspek turut memberitahu penduduk setempat bahawa isterinya sedang out station bagi mengaburi penduduk setempat, walhal mayat wanita berkenaan ditanam di bawah tempat tidurnya.
Mayat tersebut kini di bawa ke Hospital Bhayangkara Indramayu untuk tindakan selanjutnya.
Sumber: Tribun Jakarta & Kompas