berita

Suami Cuba Selamatkan Isteri Dalam Kebakaran, Akhirnya Kedua-Duanya Maut

August 25th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Di Depok, Indonesia, seorang suami, 26, cuba menyelamatkan isteri, 25, yang terperangkap dalam kebakaran akhirnya membawa maut.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] 8 Orang Terperangkap Dalam Kereta Kabel Termasuk 6 Kanak-Kanak

Pasangan maut dalam kebakaran

mayat terapung

Memetik laporan News Detik, kejadian tersebut berlaku pada jam 10.30 malam Rabu di mana kebakaran disedari apabila anak mangsa menjerit memanggil ibunya.

Tiba-tiba terdengar jeritan kanak-kanak kecil menjerit memanggil ibunya ‘ada api, ada api’. Kemudian saksi berlari dan menghampiri tempat kejadian dan datang menyelamatkan anak mangsa. Sambil menjerit meminta pertolongan penduduk setempat untuk cuba memadamkan api.

Ketua Humas Polres Metro Depok, Iptu Made Budi berkata, ibu kepada suaminya memberitahu bahwa si isteri masih di dalam rumah. Kemudian, mangsa masuk semula ke dalam rumah cuba untuk menyelamatkan isterinya, tetapi kedua-dua mereka maut di dalam kebakaran.

Difahamkan, rumah mereka didiami 13 orang. Daripada 13 ahli keluarga itu, 11 orang terselamat manakala dua orang lagi maut.

Sumber: News Detik

SKIP THIS AD ×