berita

Suami Dalam Koma, Isteri Baru Habis Pantang Kena Jangkitan Kuman & Dimasukkan Ke ICU

November 10th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Berat mata memandang, berat lagi ujian yang ditanggung keluarga ini apabila suami koma kerana menghadapi masalah berkaitan paru-paru. Tidak cukup dengan itu, isterinya yang baru sahaja habis berpantang dijangkiti kuman dalam darah turut dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Berkongsi dengan lebih lanjut, sepupu iaitu Emmy Farhany Ahmad berharap orang ramai mendoakan kesembuhan pasangan  ini.

3 beranak di hospital

Dalam gambar Ini sepupu saya Fatin Elika Elisya dan suaminya Aizameen Haqim bersama anaknya. Mereka ada lagi seorang baby girl baru umur 2 bulan dan Fatin baru je habis pantang. Apa yang cuba saya nak sampaikan berat ujian sepupu saya sekeluarga ni. Mulanya suaminya kena semput kronik kerana memang ada masalah dengan paru-paru yang sekian lama. Masa kena serang tu suaminya dikejarkan ke hospital dan dimasukkan icu. Sekarang dalam keadaan koma. Dalam tak sedar dah hampir 2 minggu dah sebenarnya. Sepupu saya Fatin berharap yang suaminya boleh diselamatkan.

Malam tadi pula. Sepupu saya Fatin pula dimasukkan ke icu kerana ada jangkitan kuman dalam darah. Fatin terlalu lemah. Mulanya suspek denggi. Bila darah drop Fatin terus rebah sampai biru muka. Maybe terlalu berat nak menanggung ujian dan tekanan emosi dalam keadaan baru je habis pantang bersama 2 anak. Berat lagi ujian dalam mereka suami isteri di icu, hari ini baby pulak warded. Beberapa hari ini baby kena cirit birit sampai berak berdarah. Tu yang pergi hospital rupanya baby pun tak okay.

Menurut sepupu, si suami sememangnya mempunyai masalah paru-paru sejak sekian lama. Selepas diserang semput kronik, suami dikejarkan ke hospital dan koma.

Mungkin kerana terlalu tertekan, si isteri pula jatuh sakit dan disyaki ada jangkitan kuman dalam darah. Apa yang lebih meruntun hati, bayi yang baru berusia dua bulan turut dimasukkan ke wad kerana masalah kesihatan.

Anak sulung pun tak sihat

Dah la baby dari dalam pantang kena sawan tangis. Setiap malam nangis tanpa henti. Puas berubat tapi tak dapat ubati. Hanya mengurangkan sikit saja. Anak sulung pun tengah tak sihat. Demam eczema teruk. Kesian si abang. Saat ini si abang dijaga oleh mak saudaranya.

Jadi saya nak menyeru kepada insan-insan yang mengenali saya please doakan untuk sepupu saya ni sekeluarga. Berikan kesihatan kepada Fatin dan babynya serta anak sulungnya. Doakan ada sinar buat Aizameen sedar dari koma dan mereka boleh sekeluarga bersama membesarkan anak-anak.

Moga doa kalian diangkat oleh Allah SWT dan hanya Dia saja juga yang dapat membalasnya. Berat ujian sepupu saya tanggung. Kuat dik Fatin.. Along dan semua family Haji Sahri sayang ko dik. Sebak sangat. Saat ni rasa macam useless sangat sebab tak boleh balik kampung bagi moral support dekat family.

Ujar sepupu lagi, anak sulung mereka turut jatuh sakit dan buat sementara waktu ini dijaga oleh ibu saudara. Sebak!

Sumber: Emmy Farhany Ahmad

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×