berita

Suami Dari ‘Neraka’ Tergamak Ragut Isteri Sendiri…

May 5th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki berusia 38 tahun telah ditahan oleh pihak polis atas kesalahan meragut seorang wanita. Paling tidak disangka-sangka apabila mengetahui sebenarnya mangsa ragut tersebut merupakan isteri si pelaku.

Ragut isteri sendiri

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Indo Zone, sebelum kejadian, suspek yang dikenali dengan nama Herman dipercayai telah mengekori motosikal yang ditunggang isterinya, Nurwahidah sehingga wanita itu tiba di Jalan Sultan Hasanuddin, Kabupaten Bulukumba, Indonesia. Ketika itu, suspek bertindak menghalang laluan dan menarik rambut mangsa.

Tidak terhenti di situ, suspek seterusnya merampas telefon bimbit dan motosikal isterinya sebelum dia bertindak melarikan diri. Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bulukumba, AKP Bayu Wicaksono Febrianto memaklumkan kejadian itu berlaku pada 21 April yang lalu dan pada 2 Mei, suspek telah ditahan oleh pihak polis.

Hasil daripada siasatan mendapati, punca kejadian adalah disebabkan keretakan hubungan rumah tangga antara suspek dan mangsa. Bahkan, suspek dikatakan berang kerana wanita itu sudah tidak mahu tinggal sebumbung dengannya. Sehingga kini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini.

Sumber: Indo Zone, Berita Sulsel, Dream.co.id

SKIP THIS AD ×