berita

Suami Gila Talak Belasah, Ugut Nak Simbah Asid Bekas Isteri Enggan Rujuk

February 6th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki di wilayah Sumatera Selatan, Indonesia didakwa bertindak di luar kawalan dengan memukul bekas isterinya gara-gara wanita berkenaan menolak hasratnya untuk merujuk kembali.

Artikel Berkaitan: Wanita ‘Kantoi’ Curang Melalui Mesej, Suami Pula Kena Belasah Dengan Skandal Isteri

Pukul isteri sendiri

Memetik laporan Suara.Com, kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dan dapat dilihat lelaki berkenaan yang bertindak memukul mangsa berkali-kali di dalam sebuah hotel di mana tempat mangsa bekerja.

Ujar Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Palembang, Komisioner Polis Tri Wahyudi pihaknya telah menghantar rakaman CCTV tersebut kepada balai polis berhampiran bagi menjalankan siasatan lanjut.

Video itu jelas menunjukkan suspek memukul dan meludah mangsa. Buat masa ini, polis sedang memburu suspek.

Bekas suami secara tiba-tiba datang

Sekadar gambar hiasan

Bercerita lebih lanjut, mangsa dikenali sebagai Nur Aisyah menceritakan sebelum insiden tersebut berlaku dia sedang bekerja dan bekas suaminya secara tiba-tiba datang.

Dia mengajak saya berbual-bual dan memberitahu hasratnya untuk kembali rujuk. Saya bagaimanapun menolak lamarannya kerana dia sering memukul saya ketika kami bergelar suami isteri dahulu.

Dia kemudian naik berang dan menarik tangan saya serta mengheret saya ke kawasan parkir di sebelah lobi hotel. Ketika berada di situ, dia bertindak seperti ingin merogol saya, namun saya tolak.

Apa yang lebih mengejutkan, suspek dikatakan sempat memukul wajah mangsa berkali-kali sebelum wanita ini melarikan diri ke lobi bagi menyelamatkan dirinya. Suspek didakwa masih menganggu wanita ini dan sempat mengugut untuk menyimbah asid pada wajahnya.

Sumber: Suara.Com

SKIP THIS AD ×