berita

‘Suami Hanya Mampu Beri Nafkah Isteri RM10 Seminggu…’

November 2nd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Sudah menjadi satu kewajipan bagi seorang suami untuk memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya. Tetapi kali ini lain pula kisahnya apabila seorang suami mendakwa tidak mampu memberikan nafkah seperti yang dituntut si isteri.

Bagi nafkah RM10 seminggu

Sekadar gambar hiasan

Menerusi penceritaan Puan Suriati Ghani mengenai kisah di mahkamah syariah, lelaki berkenaan dikatakan hanya mampu memberikan nafkah sebanyak RM10 seminggu kepada si isteri. Difahamkan, tuntutan nafkah juga sudah tertunggak tetapi si suami sebaliknya mendakwa tidak mampu memberi jumlah yang dituntut si isteri memandangkan pendapatannya kecil.

Saya pernah berjumpa dengan seorang wanita atau isteri yang lain, selain berniaga online, beliau turut membawa grab untuk menampung nafkah diri sendiri dan anak-anak, terpaksa membuat lebih dari 1 pekerjaan kerana suami abaikan nafkah beliau dan anak.

Memang pada masa datang berjumpa saya, nampak keadaannya letih, baru selesai hantar pelanggan dan terus datang jumpa saya untuk mengadu masalah. Katanya beliau pernah bawa grab hingga larut malam.

Puan Suriati Ghani berpendapat seseorang individu lebih-lebih lagi lelaki yang mempunyai tubuh badan sihat seharusnya bekerja mencari pendapatan lebih untuk menampung keperluan diri dan keluarga.

Jika orang lain boleh bekerja lebih masa untuk mencari pendapatan lebih untuk keluarga, tambahan pulak perempuan, kenapa lelaki yang sihat tubuh badannya tak boleh? Di mahkamah pun beliau mengaku beliau masih sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit.

Berikutan daripada itu, Puan Suriati Ghani mendoakan agar lelaki tersebut dimurahkan rezeki supaya dapat membayar tuntutan nafkah tertunggak isteri yang akan diputuskan kelak.

Sumber: Puan Suriati Ghani

SKIP THIS AD ×