berita

Suami Hidap Kanser, Anak OKU, Wanita 60 Tahun Ini Jadi Driver Grab Demi Sesuap Nasi

September 8th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Selagi hayat di kandung badan, selagi itulah manusia akan bekerja demi mencari sesuap nasi. Betul tak? Menerusi Facebook personaliti terlevisyen terkenal, Fedtri Yahya, dia berkongsi kisah mengenai seorang wanita warga emas yang terpaksa mencari rezeki apabila suaminya mempunyai masalah kesihatan yang agak serius.

Suami uzur kanser usus dan glaukoma

Menurut Fedtri, wanita yang berumur 60 tahun ini gigih bekerja sebagai pemandu Grab kerana suaminya menghidap penyakit kanser usus dan glaukoma. Selain itu, anak sulungnya juga merupakan insan istimewa yang turut menghidap masalah mental. Dugaan yang dihadapi oleh wanita tersebut, telah membuatkan dirinya tabah dan bekerja keras demi mencari rezeki buat keluarga tercinta.

Tambah Fedtri di akhir perkongsiannya, dia berharap netizen sudi menghulurkan bantuan ikhlas jika berpeluang menggunakan khidmat daripada wanita tersebut. Perkongsian tersebut telah menerima ribuan perkongsian daripada netizen dan rata-ratanya sebak dengan nasib warga emas ini.

Kasih seorang isteri dan ibu

Pernah naik grab dia

Tidak ketinggalan juga, netizen turut berkongsi pengalaman ketika menaiki Grab dengan wanita ini. Menurut netizen, wanita tersebut seorang yang sangat baik hati.

Sumber: Fedtri Yahya

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×