Walaupun zaman sudah semakin maju akan tetapi masih ada segelintir individu yang mempercayai sihir dan sanggup melakukan dosa besar ini demi menjatuhkan seseorang.
Perkara sama berlaku kepada sepasang suami isteri ini yang dikatakan terkena sihir pemisah sebaik mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: Lelaki Terkejut Terima Bungkusan Hitam Berisi Tanah Kubur Depan Bengkel, Syak Ada Yang Dengki
Artikel Berkaitan: Lelaki Tengah Seronok Memancing Terkejut Jumpa Sampul Misteri Gambar Suami Isteri, Syak Ada Unsur Sihir
Tak boleh tidur sebelah
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Tiktok oleh seorang wanita dikenali sebagai Nurainley, dia mengimbau kembali kisah pahit tersebut yang berlaku pada tahun 2016.
Jelas wanita tersebut, beberapa jam sebelum majlis nikah dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena seperti tidak sedap badan. Malah mereka juga tidak merasakan detik malam pertama sebaliknya rasa menyesal kerana perkahwinan tersebut dirasai tidak bahagia tanpa rasa cinta.
Malam pertama lepas akad nikah dihantar sihir tak tahu siapa yang hantar. Tetiba tak boleh tidur bersebelahan mesti duduk jauh-jauh. Tetiba rasa menyesal kahwin sebab rasa langsung tak ‘happy’ tak ada rasa cinta.
Jumpa ustaz untuk berubat
Pasangan ini kemudiannya cuba mendapatkan rawatan bersama seorang pengaman perubatan Islam selepas disarankan keluarga. Kali pertama, ustaz menyuruh untuk mengamalkan beberapa doa serta titipan nasihat diberikan. Akhirnya mereka sembuh daripada penderitaan yang dihadapi.
Selang beberapa bulan, mereka sekali lagi diuji apabila tangan suami bertukar hitam tanpa sebab munasabah. Selepas pelbagai rawatan dilakukan, doktor mencadangkan agar mereka berubat di kampung dan berjumpa dengan ustaz yang sama untuk membuat rawatan.
Ustaz ubat aku dulu sebab pinggang aku masa itu dah tak boleh ‘straight’. Masa tengah ustaz tu baca ayat al-quran aku baring dan lama-lama tu aku rasa macam ada sesuatu yang keluar daripada pinggang ke kaki aku. Tetiba pinggang aku yang tak boleh rapat kat lantai tu rapat sendiri.
Banyak lagi penderitaan yang dialami mereka diceritakan menerusi video tersebut. Antaranya tidak mampu berjalan dan badan sakit seperti dicucuk. Walaupun sudah pulih, ustaz tidak mahu memberitahu siapa yang melakukan sihit dan mereka pun tidak berminat untuk tahu.
Tapi ustaz tak cakap siapa yang hantar, kami pun tak nak tahu.
Video
@nurainley Derita sihir namun Allah selalu memberikan hikmah yang terbaik untuk HambaNya
? original sound – NAUFAL ISA (????) ?? – NAUFAL ISA (????) ??
@nurainley Derita sihir Part last. Kejadian ni 2016 – 2017. Alhamdulillah sekarang kami sihat sepenuh nya. ?
? original sound – NAUFAL ISA (????) ?? – NAUFAL ISA (????) ??
Sumber: @nurainley