berita

Suami Izreen Jawab Soalan Netizen Isu Bekas Isteri Larang Ambil Anak Semasa Kawalan Pergerakan

March 30th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Suami kepada pelakon jelita, Izreen Azminda iaitu Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude menjawab soalan netizen mengenai hak penjagaan anak-anaknya bersama bekas isteri semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlaku sekarang ini.

Maknya tak bagi ambil

Menurut Ude, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini dia tidak mengambil anak-anaknya untuk tinggal bersama. Tambahnya, sewaktu minggu pertama selepas Perdana Menteri mengumumkan perintah tersebut, dia berhasrat untuk mengambil anak-anaknya namun, bekas isteri tidak membenarkan.

Kalau tak masa 1st week selepas Perdana Menteri bagi ucapan nak ambil anak, and memang turn saya ambil budak-budak. Tapi maknya tak bagi, tak tahu pasal apa (takut Perintah Kawalan Pergerakan sorang-sorang mungkin). Mula-mula memang marah sebab dia tak bagi padahal ada perintah mahkamah untuk saya jaga mereka. Tapi tak apa dah maknya tak bagi ambil.

Berhubung melalui telefon

Selepas Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkkan, Ude memaklumkan kepada bekas isterinya untuk mengambil anak-anak mereka atas alasan sudah lama tidak berjumpa. Namun, dia terdetik untuk tidak mengambil anak-anaknya itu kerana risau akan keadaan semasa. Ude turut berkata keselamatan dan kesihatan anak-anaknya itu lebih penting dan dia tidak mahu dipersalahkan di kemudian hari seandainya mengambil mereka pada saat ini.

Jadi saya terpaksa berhubung melalui telefon. Itu lagi selamat. Plus kita hanya dibenarkan keluar rumah untuk urusan penting sahaja.

Di kesempatan yang ada, Ude turut menasihati semua rakyat Malaysia agar patuh akan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan berdoa agar wabak yang sedang melanda negara ini berakhir dengan segera.

Sumber: Ude Wahid

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×