Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki ditahan pihak polis kerana tergamak menjadikan isterinya yang berusia 25 tahun sebagai pelacur.
Artikel Berkaitan: Baru Dapat Gelaran Hajah, Rupanya ‘Mak Ayam’ Di Warung
Artikel Berkaitan: Isteri Melayan Suami Seperti Pelacur, Menyimpang Dari Ajaran Islam
Niat buka kedai telefon
Gambar sekadar hiasan
Kejadian yang berlaku di Jayapura, Papua di Indonesia itu terbongkar apabila pihak polis mendapat maklumat tentang kegiatan pelacuran di sebuah hotel.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Manokwari, Fredeickus berkata berdasarkan laporan yang diterima, pihaknya menjalankan siasatan dan menahan pasangan suami isteri itu pada 8 Julai lalu di sebuah hotel di Setani.
Isteri mengikut kehendak suami kerana dihimpit faktor ekonomi.
Daripada hasil tangkapan ini, kita berjaya mendapatkan bukti iaitu telefon bimbit dan kondom.
Difahamkan suspek berniat untuk membuka sebuah kedai servis telefon bimbit sebelum dia terdesak menjual isterinya.
Susulan itu, suspek berusia 26 tahun tersebut telah ditangkap dan disabitkan kesalahan mengikut akta berkaitan keganasan seksual serta pemerdagangan manusia yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun.
Sumber: Tribun News