Tular baru-baru ini seorang suami mendedahkan kisah kecurangan isterinya dan kini sedang giat mencari ‘kekasih gelap’ dengan meminta bantuan daripada warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Balik Kerja Penat-Penat, Ada Jantan Lain Belakang Pintu’ – Lelaki Dedah Kisah Isteri Curang
Artikel Berkaitan: Isteri Setia Lunas Hutang & Jaga Ketika Sakit, YouTuber Terkenal Nikah ‘Penyondol’ Senyap-Senyap
Muat naik bahan bukti
Menerusi hantaran Edwind Hiew di Facebook (FB), dia bertindak memuat naik tangkap layar perbualan isteri dengan lelaki itu di aplikasi WhatsApp beserta beberapa keping gambar bersama.
Kepada sesiapa yang mengenali suami isteri tersebut dan dapat bagi maklumat tempat kerja diminta untuk ‘personal message’ saya.
Saya bagi saguhati RM500, tujuannya untuk tindakan mahkamah. Mesti cari sampai dapat.
Lelaki itu yang juga seorang doktor didakwa sering menghantar mesej kepada isteri Edwind dan tidak lama kemudian dia meluahkan rasa cinta terhadap wanita tersebut.
Dia juga didakwa sudah memiliki seorang isteri dan anak ketika menjalinkan hubungan terlarang itu.
Laporan polis
Tak tahan rumah tangga diganggu, Edwind mengambil langkah melaporkan kepada pihak polis supaya tindakan dapat diambil terhadap doktor tersebut.
Berdasarkan laporan polis itu, Edwind menyatakan bahawa perkenalan isteri dan doktor tersebut bermula sejak isteri Edwin ditugaskan di Makkah pada tahun lalu.
Lebih parah lagi, mereka didakwa berdua-duaan di restoran dan pernah mendaftar masuk di sebuah hotel di Madinah selama tiga hari dua malam tanpa diketahui oleh mana-mana pihak.
Laporan tersebut juga bertujuan untuk tindakan mahkamah.
Sumber: Facebook