Seorang individu tampil dengan pendedahan dirinya melakukan hubungan seksual dengan beberapa lelaki demi membalas dendam pada suami yang berlaku curang dua tahun lepas.
Artikel Berkaitan: Isteri Kanser Tahap 4, Suami Buat ‘Projek’ Dengan Perempuan Lain Sampai Hamil – ‘Dah Berbulan Tak Balik Rumah, Susu Anak Tak Beli’
Artikel Berkaitan: Isteri Sarat Hamil, Suami Syok ‘Check In’ Dengan Perempuan 11 Tahun Lebih Tua – ‘Dia Kata Nak Jadikan Isteri Kedua’
‘Dia tak nak lepaskan saya’
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di aplikasi X, individu berusia 35 tahun itu menyatakan suaminya enggan berpisah.
Tegasnya, dia tidak dapat memaafkan perbuatan suami yang sudah bermain kayu tiga di belakangnya.
2 tahun lepas suami kantoi curang. Aku dah cuba maafkan dan move on. Tapi aku tak mampu untuk maafkan.
Dah minta cerai pun dia tak bagi. Tahun ini aku dah tak mampu nak lepaskan dan jumpa peluang untuk balas dendam.
Daripada sorang dalam seminggu, sekarang aku dah ada 4 lelaki yang aku tiduri.
Aku harap perkara ini kantoi dan suami lepaskan aku.
Tambahnya, kini suaminya menerima padah apabila diuji dengan kesihatan diri yang sering sakit serta masalah kewangan.
Aku akan teruskan sampai rasa puas hati baru aku berhenti.
Suami aku sekarang tengah hadap kifarah dia. Duit habis, badan sakit-sakit dan sentiasa dalam keadaan serabut.
Sumber: Aplikasi X