Sekadar gambar hiasan
Hanya kerana mahu si suami berterus-terang dan mengumumkan perkahwinan keduanya kepada umum, seorang wanita sanggup menghadiahkan sebuah rumah kepada isteri kedua si suami.
Suami kahwin senyap-senyap
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Gulf News, wanita dari Arab Saudi itu dikatakan baru sahaja mengetahui bahawa suaminya telah berkahwin buat kali kedua secara rahsia pada enam bulan lalu. Namun si isteri pertama ini dikatakan langsung tidak memarahi malah dia telah menghubungi si suami dan memberitahu bahawa dia sudah mengetahui rahsia perkahwinan tersebut.
Wanita ini kemudian pergi melawat rumah yang didiami suami bersama isteri keduanya. Lebih mengejutkan apabila isteri pertama ini membuat kejutan dengan menghadiahi madunya sebuah bangunan kediaman dengan syarat lelaki itu mengumumkan perkahwinan keduanya kepada umum.
Sumber: Gulf News