Gambar sekadar hiasan
Seorang suami bertindak mengelar diri sendiri gara-gara ditegur isterinya membeli jam tangan mahal sebagai hadiah.
Artikel Berkaitan: Lelaki Dikelar Gara-Gara Dendam Sering Pukul Teman Wanita
Artikel Berkaitan: Mayat Lelaki Nepal Dengan Kesan Kelar Di Pergelangan Tangan Ditemui Atas Bumbung
Membazir duit
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima maklumat berkenaan seorang lelaki mengalami pendarahan yang banyak pada tangan dan leher selepas bertindak mengelar diri sendiri menggunakan kaca.
Hasil siasatan polis mendapati kejadian tersebut berlaku pada jam 7 malam di Damansara pada Ahad ketika mangsa dan isterinya bertikam lidah.
Isteri menyatakan mangsa membelikan hadiah jam tangan dan isteri menegurnya tidak berbelanja lebih.
Ini menyebabkan mangsa marah dan memecahkan balang kaca serta mengambil serpihan kaca sebelum kelar pergelangan tangan kiri dan leher.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa mangsa sedang menghadapi masalah kesihatan dan pernah mengugut untuk mencederakan diri sendiri.
Mangsa keluar dari hospital semalam dan menerima jahitan di pergelangan tangan kiri dan di leher.
Susulan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan dan tiada sebarang tangkapan dilakukan.
Sumber: Harian Metro