Sekadar gambar hiasan
Seorang wanita ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki yang juga rakan suaminya di sebuah rumah di Semabok, di sini, awal pagi semalam.
Khalwat dengan rakan baik suami
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, wanita terbabit berusia 29 tahun manakala lelaki tersebut berusia 61 tahun. Ketika pemeriksaan, ibu kepada dua anak itu mengaku suaminya berusia 38 tahun tiada di rumah kerana bekerja shif malam sebagai pengawal keselamatan di Batu Berendam.
Wanita itu mengaku hanya dia bersama dua anak berusia tiga tahun dan tiga bulan berada di dalam rumah bersama rakan sekerja suaminya itu.
Lelaki itu pula mendakwa sudah enam bulan menetap di situ berikutan baru mendapat kerja di syarikat kawalan keselamatan bersama suami wanita terbabit.
Pasangan warga tempatan itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman hingga mendatangkan syak. Jika disabitkan kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga 24 bulan atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Harian Metro