Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita dan enam orang anak terpaksa menanggung derita disebabkan perbuatan suami yang ketagih untuk melakukan onani sehingga tidak dapat bekerja.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lelaki Selamba Onani Di Tempat Awam, Siap Tunjuk Skil Atas Motosikal
Artikel Berkaitan: TikToker Buat ‘Content’ Onani Dengan Patung Pakaian Untuk Raih Followers
Terima bantuan zakat
Gambar sekadar hiasan
Kisah ini diceritakan di Facebook oleh seorang peguam syarie, Muhammad Amirul Akmal Ismail. Menurut Amirul, kisah ini antara yang memberikan kesan terhadap dirinya sebagai pengamal undang-undang syariah.
Ujar Amirul, wanita tersebut hanya makan nasi hanya berlaukkan garam bersama anak-anaknya yang masih kecil. Difahamkan, anak sulungnya berusia lapan tahun manakala yang bongsu berumur tiga tahun.
Berbicara lebih lanjut, wanita tersebut memberitahu dia merupakan pekerja pembersihan yang meraih pendapatan kurang daripada satu ribu lebih sebulan. Melalui pendapatan tersebut, dia terpaksa menanggung kesemua anak dan suaminya.
Disamping itu, wanita ini mengakui dia menerima bantuan zakat.
Saya ada menerima bantuan ustaz dari zakat ada dan kadang-kadang dari kawan atau jiran.
Suami hisap syabu
Gambar sekadar hiasan
Disoal mengapa suaminya tidak mahu bekerja, wanita itu menjawab suaminya mempunyai ketagihan untuk beronani sehingga penat. Wanita itu turut menceritakan ketagihan onani yang dialami suaminya adalah berpunca daripada pengambilan dadah syabu.
Cuma suami saya ni ada ketagihan selalu nak kena beronani. Dia beronani sehari sampai lebih 10 kali sampai penat. Dah penat…. Tak boleh bangun pergi kerja… Itulah kitaran hidup beliau selama kami bernikah ini.
Suami saya ada hisap syabu, kami tinggal di kawasan flat yang ramai kawan-kawan beliau di situ. Jadinya kawan-kawan dia yang bagi kat dia. Kadang dia ada mintak duit dengan saya.
Saya sampai tak terlayan dengan keperluan nafsu dia ustaz, sampai sehari 4-5 kali saya pun teruk. Setiap tahun dalam 6 tahun perkahwinan ni kami dapat anak. Saya pun sampai dah tak boleh nak halang dia ustaz. Jadi ada juga silap saya sebab saya biarkan dia lepas nafsu dengan beronani sampai dia dah tak sedap nak bersama saya sangat.
Dalam pada itu, Amirul turut memberikan nasihat kepada suami di luar sana agar menjadi seorang suami yang bertanggungjawab.
Kepada suami di luar sana, jalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan sebaiknya. Perancangan keluarga juga perlu ada.
Sumber: Facebook