berita

Suami Meninggal Dunia Seminggu Sebelum Raya, Wanita Minta Edit Gambar Bersama. Hasilnya Undang Sebak

July 27th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Demi menunaikan hasrat arwah suami untuk memakai baju raya sedondon warna pada tahun ini, seorang wanita meminta pertolongan ahli group Edit Apa Hari Ni (EAHN) untuk mengedit foto keluarganya. Menurut wanita tersebut, arwah suaminya meninggal dunia seminggu sebelum seluruh umat Islam menyambut Hari Raya.

Simpan kenangan

Menurut Aznur Khai, dia mahu warna baju arwah suaminya itu diubah agar sama sepertinya dan anak mereka. Tambah Aznur, dia mahukan latar belakang tempat yang tenang dan bersih untuk foto keluarga tersebut. Jelas Aznur lagi, dia mahu mencetak foto yang dihasilkan sebagai tanda kenangan meskipun arwah sudah tiada lagi di sisi mereka.

Lagi 8 hari cukup 100 hari dia meninggalkan kami. Al-fatihah buat arwah suami kesayanganku.

Berikutan daripada itu, Aznur meluahkan rasa terharu apabila dia berjaya menerima banyak hasil suntingan yang cantik daripada ahli group tersebut.

Terima kasih admin approve dan kawan-kawan yang tolong editkan. Semoga Allah balas jasa semua. Amin.

Semoga berjumpa di syurga

Menjengah di ruangan komen, rata-rata ahli group Edit Apa Hari Ni mengucapkan salam takziah buat wanita tersebut. Mereka berharap wanita tersebut kuat dan tabah untuk mengharungi hari-hari mendatang. Ujar ahli group itu lagi, mereka berharap wanita tersebut gembira melihat kesemua hasil suntingan yang telah dilakukan.

Nampak real!

Sumber: Aznur Khai via Edit Apa Hari Ni

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×