berita

Suami Mesej & Bertukar Gambar Lucah Dengan Skandal Wechat, Patut Ke Isteri Minta Cerai?

July 19th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

Masalah sosial dalam kalangan remaja kini semakin hari semakin bertambah teruk. Tambahan pula dengan adanya pelbagai aplikasi dan laman sosial yang memudahkan mereka berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali.

Sedih kami baca perbualan lucah yang diluahkan seorang isteri di laman facebook Kisah Rumahtangga ini, suami kantoi curang dengan budak Wechat. Siap bertukar-tukar gambar private lagi.

Pelbagai mesej dan gambar lucah

Siap ber’mama’ n ber’papa’ lagi

Bertudung litup tapi sayangnya…

Baru-baru ni saya dapat tangkap kecurangan suami saya. Saya tak pernah tahu yang dia ada akaun wechat. Saya betul2 tak sangka suami saya sanggup berlaku curang terhadap saya. Hampir 5 bulan saya ditipu olehnya. Patutlah selama ni dia tak pernah lepaskan hp dari tangannya. Even tengah mandi dan tidur pun hp di tangan atau di poket seluar. Saya tak pernah rasa curiga terhadapnya kerana saya terlalu percayakan dia..(itu silap sy). Walaupun dia menjalinkan hubungan secara atas talian, tapi hati saya terlalu sakit bila tengok pelbagai mesej dan gambar lucah yang betina2 s****l tu hantar pada suami sy. Suami saya melayan dan turut serta meminta gambar-gambar yang jijik untuk saya perkatakan. Bukan itu sahaja, mereka berbual seolah2 seperti suami isteri. Siap ber’mama’ n ber’papa’ lagi. Di sini saya sertakan screen shot yang saya sempat ambik di akaun wechat suami sy.. Bertudung litup tapi sayangnya maruah telah tergadai bila kalah dengan pujuk rayu sang buaya darat. Hati saya sudah hancur. Suami berkali2 meminta maaf dan insaf serta bersumpah tak akan buat lagi perkara seperti ini. Adakah saya patut memaafkan dia walhal hati saya sudah hancur berkecai. Bagaimana untuk saya menerima suami saya kembali dan menerima segala kesilapan yang dia telah lakukan?

sumber : Kisah Rumahtangga

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×