
Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar tampil mengulas isu hangat di media sosial mengenai hasrat seorang lelaki yang mengimpikan isteri menyediakan makanan untuk dibawa ke tempat kerja.
Artikel Berkaitan: Ustaz Wadi Annuar Tegur Pemakaian Hijab, Ingatkan Wanita Muslim Jangan Utamakan Fesyen Semata-Mata
Artikel Berkaitan: ‘Rahmat Kepada Haiwan Tidak Bermaksud Abaikan Keselamatan Manusia’ – Ustaz Wadi Annuar
Lubuk pahala

Menerusi perkongsian di Threads, Ustaz Wadi menyifatkan permintaan tersebut bukan sekadar soal menyediakan makanan sebaliknya menjadi ruang buat seorang isteri menzahirkan kasih sayang terhadap suami.
Selain itu, Ustaz Wadi menjelaskan bahawa perkara sebegitu mampu memberi impak positif serta mengeratkan lagi hubungan dalam rumah tangga.
Suami minta isteri sediakan bekal ringkas, itulah peluang isteri menabur kasih sayang.
Buatlah dengan baik.
Kerana kadang-kadang perkara kecil begini boleh mengeratkan lagi hubungan.
Tambah Ustaz Wadi, suami juga perlu memainkan peranan dengan menghulurkan bantuan agar beban isteri yang berusaha memenuhi permintaan tersebut tidak dipikul sendirian.
Suami pula jangan hanya tahu meminta. Hulurkan tangan dan ringankan beban isteri bila berpeluang.
Imbas kembali, seorang individu dilabel ‘belum putus susu’ selepas meluahkan hasrat untuk memiliki isteri yang boleh memasak dan menyediakan cekodok untuk dibawa ke tempat kerja.
Bagaimanapun, hantaran tersebut mencetus pelbagai reaksi antara netizen sehingga menjadi perdebatan di media sosial.
Sumber: Threads @ustazwadiannuar








