Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar tampil menegur dan menasihat wanita Muslim mengenai pemakaian hijab.

Artikel Berkaitan: ‘Rahmat Kepada Haiwan Tidak Bermaksud Abaikan Keselamatan Manusia’ – Ustaz Wadi Annuar

Artikel Berkaitan: Rebut Peluang Gandakan Ibadah, Ustaz Wadi Annuar Kongsi Amalan Pada Hari Asyura

Ustaz Wadi tegur pemakaian hijab

View on Threads

Menerusi satu hantaran di Threads, Ustaz Wadi mengingatkan golongan wanita agar memastikan pemakaian hijab memenuhi tuntutan syarak, bukan sekadar mengikut fesyen atau trend semasa.

Jelasnya lagi, antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam pemakaian hijab adalah dengan memastikan leher dan dada turut dilitupi serta aurat tidak didedahkan.

Cantik pada pandangan manusia belum tentu menepati tuntutan syarak.

Ukuran seorang Muslim bukan sekadar fesyen atau trend, tetapi sejauh mana pakaian itu memenuhi perintah Allah SWT.

Semoga Allah SWT membimbing kita untuk sentiasa memperbaiki diri dan memilih pakaian yang diredai-Nya.

Dalam hantaran sama, Ustaz Wadi turut memetik firman Allah SWT menerusi Surah al-Nur, ayat 31 yang bermaksud:

Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.

Hantaran tersebut turut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan teguran dan perkongsian berkenaan.

Malah, ada yang menyifatkan teguran tersebut sebagai satu peringatan penting buat kaum wanita Muslim agar lebih peka dalam menjaga pemakaian selaras dengan tuntutan syarak.

Sumber: Threads Ustaz Wadi Annuar