Mesti anda semua nak tahu kan update terbaru mengenai kisah rumah pelakon terkenal, Umie Aida dan suaminya, Datuk Khairuddin yang dikatakan dilelong dengan harga 2.1 juta beberapa hari lalu?
Malah, rumah yang juga merupakan hadiah perkahwinan mereka itu didakwa telah dibeli oleh seorang wanita berusia 40 an.
Ternyata, Datuk Khairuddin agak kesal dengan situasi yang berlaku dan memohon maaf kepada Umie Aida. Erm.. sedihnya.
Umie Aida Isteri Yang Cekal!
“Saya mohon maaf kepada Umie kerana banyak mengheretnya dalam isu ini, namun dia selalu memberi sokongan dan semangat kepada saya sepanjang perjuangan ini.
Umie tenang dan cekap sepanjang menghadapi pahit getir perjuangan ini, dia ialah seorang isteri yang amat cekal dan miliki kekuatan yang menakjubkan.” – Datuk Khairuddin
Rumah Bukan Dilelong
Menurut laporan Astro Awani, isu rumah tersebut dilelong hanyalah salah faham. Malah, Datuk Khairuddin juga mengakui sudah ada pembeli dengan harga RM5.8 juta untuk unit rumah berkenaan.
“Memang rumah itu hendak dijual tetapi bukan dilelong dengan harga yang begitu rendah. Saya sudah mengambil peguam untuk mencabar keputusan lelong berkenaan.
Tambahan saya sendiri dimaklumkan mengenai lelongan itu pada 13 Januari sedangkan ia berlangsung dua hari sebelumnya.” – Datuk Khairuddin