Alangkah kecewanya hati seorang suami apabila mendapati isteri tercintanya curang dengan lelaki lain.
Itulah yang dihadapi seorang pegawai polis Indonesia bernama Alvian Hidayat yang pada awalnya ingin membuat kejutan buat isterinya, Karina Dinda Lestari setelah sekian lama tidak berjumpa kerana bekerja.
Artikel Berkaitan: Suami Giat Cari Skandal Isteri, Didakwa Curang Ketika Di Madinah & Sempat ‘Check In’ Hotel
Curang dengan pelajar universiti
Memetik laporan portal Bandung Viva, Alvian yang baru sahaja tamat menjalani sesi kursus ingin membuat kejutan dengan pulang ke rumah sewa isterinya yang bekerja sebagai seorang doktor itu.
Sedang dia menaiki tangga menuju ke rumah, alangkah terkejutnya Alvian apabila melihat Karina yang baru sahaja tiba di perkarangan rumah turun dari kereta yang dipandu oleh seorang lelaki. Curiga dengan isterinya itu, Alvian bertindak meminta dan memeriksa telefon bimbit Karina.
Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati beberapa gambar isterinya tanpa seurat benang bersama lelaki tersebut.
Kecewa dengan situasi itu, Alvian lantas melaporkan kecurangan isterinya itu di Ibu Pejabat Polis Sulawesi Selatan atas tuduhan berzina.
Karina ‘culture shock’
Sementara itu, seorang wanita yang dipercayai merupakan rakan serumah di rumah sewa kepada Karina tampil mendakwa wanita tersebut seakan mengalami ‘culture shock’ selepas dilihat membuka tudungnya sewaktu ketiadaan Alvian di sisinya.
Malah, doktor berusia 26 tahun itu didakwa kerap ke kelab malam untuk berhibur sehingga lewat malam.
Difahamkan, Alvian dan Karina terpaksa berjauhan selama hampir setahun kerana komitmen dan tanggungjawab masing-masing.
Namun begitu, pengorbanan yang dibuat pegawai polis itu seakan sia-sia selepas dia dicurangi isteri tercintanya itu.
Sumber: Bandung Viva