Demi menduduki peperiksaan untuk menjadi guru, seorang lelaki di India, sanggup membawa isterinya yang sedang mengandung menaiki skuter sejauh 1,200 kilometer (km).
Menerusi laporan Gulf News, lelaki yang dikenali sebagai Dhananjay Kumar sanggup menempuh perjalanan yang panjang demi isteri tersayang.
Cuaca hujan dan jalan berdebu
Foto: Sains kompas.com
Menurut Dhananjay, mereka telah berjaya mengharungi perjalanan yang panjang termasuk cuaca hujan dan keadaan jalan yang berdebu. Tambahnya lagi, mereka telah merentasi empat negeri untuk sampai ke pusat peperiksaan di Gwalior, Madhya Pradesh.
Ujarnya lagi, isterinya iaitu Soni Hembram perlu menduduki peperiksaan yang diadakan itu. Ini kerana, individu yang mengambil peperiksaan tersebut akan memperolehi Diploma Pendidikan dan secara tidak langsung mereka boleh menjadi seorang guru.
Tidak dapat menggunakan pengangkutan awam
Oleh kerana kereta api, bas dan pengangkutan awam tidak beroperasi, kami memutuskan untuk menaiki motosikal. Isteri saya yang sedang mengandung pada mulanya keberatan. Namun selepas melihat saya bersungguh-sungguh, dia bersetuju.
Mengulas lebih lanjut, Dhananjay memberitahu semua pengangkutan awam di kawasan penempatan mereka tidak beroperasi. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk menaiki motosikal. Dia juga memberitahu kos untuk menyewa teksi ke Gwalior agak mahal. Pasangan tersebut juga telah memajak kesemua barang kemas yang dimiliki untuk menampung kos perjalanan satu hala dan penginapan di Deendayal Nagar.
Menurut sumber Gulf News juga, Dhananjay merupakan seorang tukang masak, namun dia telah kehilangan pekerjaan berikutan pandemik yang sedang melanda seluruh negara.
Sumber: Gulf News