berita

Suami Orang Chat Pukul 2 Pagi Di Facebook Kononnya Nak ‘Berkawan’, Lepastu Bila Tanya….

January 27th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Azifa Aziz, meluahkan rasa kurang senang hati apabila seorang lelaki yang dipercayai berstatus sudah berkahwin menghantar beberapa mesej menerusi messenger di laman Facebook.

Menerusi perbualan tersebut, lelaki itu kelihatan cuba untuk ‘berkawan’ dengan gadis tersebut walaupun tidak dilayan oleh gadis itu. Malahan, bukti perbualan mesej tersebut juga turut dikongsi kepada warganet.

Kenapa perlu buat macam tu?

Sekadar gambar hiasan

Menerusi kapsyen yang digunakan, gadis tersebut mengutarakan beberapa soalan kepada pengguna Facebook yang lain atas tindakan lelaki itu. Jelasnya, perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku disebabkan status lelaki itu yang sudah berkahwin.

Malahan gadis itu juga sempat menutup nama dan gambar Facebook lelaki itu kerana mahu menjaga aib dan tidak mahu menimbulkan sebarang masalah kelak.

Normalkah bagi seorang lelaki iaitu suami orang chat perempuan lain pada jam 2 pagi atas alasan berkawan di alam facebook? Tidakkan ia menyumbang kepada whatsapp? bertemu? lalu curang dan dikatakan itu takdir yang sudah tertulis?

Apa perasaan seorang isteri jika ternampak/terbaca perbualan di facebook si suami dengan perempuan lain?

Adakah okay? Adakah tidak kisah? Atau adakah mengizinkan suami berkawan dengan kenalan baru?

Malahan, kini mereka berdua tidak lagi berkawan di laman tersebut. Dia juga turut menerangkan dia sama sekali tidak menginginkan untuk berkawan dengan suami orang dan tidak mahu digelar sebagai ‘penyondol’ rumah tangga orang lain.

Saya tidaklah lapar nak berkawan dengan suami orang. Bukan acah diva tapi jika saya melayan saya bakal menjadi b*** yang menyondol. Bimbang pula jika muka saya viral sebagai penyondol. Tiberrrrr.

Mesej perbualan

Menerusi perbualan pada pukul 2 pagi itu, memaparkan mesej lelaki itu yang dihantar kepada gadis itu. Namun, lelaki itu seolah-olah hanya mahu berkawan dengannya dan memberikan alasan tidak salah untuk berkawan di laman Facebook. Tetapi gadis tersebut, bertegas dan menjelaskan dia sama sekali tidak mahu menjadi punca keretakan rumah tangga lelaki itu.

Malahan apa yang lebih mengejutkan, apabila lelaki itu sempat memerli gadis tersebut kerana berfikiran kolot terhadap niatnya yang hanya mahu berkawan. Jelas lelaki itu lagi, dia hanya sekadar menghantar mesej kepada gadis tersebut berikutan status gadis itu dilihat online ketika itu.

Kini, mereka berdua tidak lagi berkawan di laman tersebut dan lelaki itu meminta supaya gadis itu memahami dengan lebih baik fungsi sebenar Facebook itu.

Sumber: Azifa Aziz

SKIP THIS AD ×