berita

‘Suami Paling Bahagia Sekali’ – Peminat Puji Penghijrahan Cik Manggis Berhijab Sepenuhnya

July 16th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Penampilan terbaru penyanyi kumpulan De Fam, Cik Manggis yang mula berhijab sejak 2 minggu lalu mula disenangi ramai peminatnya. Menerusi Harian Metro terdahulu, Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin enggan berkongsi rahsia penghijrahannya kerana menganggap ia terlalu istimewa.

Memang cantik betul

Rata-rata memuji penghijrahan terbaru penyanyi rap ini yang sememangnya agak terkenal dengan tarian lincahnya. Walaupun bertudung, dia dilihat masih aktif menari namun berpakaian sopan. Memang cantik betul, tak hairanlah kalau lepas ini ramai lagi berhijrah bila tengok Cik Manggis pandai bergaya.

Menurut Cik Manggis, penghijrahan tersebut bukanlah secara mengejut namun dirahsiakan kerana baginya ianya sangat istimewa untuk dikongsi. Malah, tambahnya lagi perkara ini bukanlah untuk tatapan umum.

Suami paling gembira

Menurutnya, dia mengaku sering mendorong dirinya berhijrah menjadi lebih baik. Namun perkara ini untuk dirinya sendiri dan bukan berhijab untuk tatapan umum.

Pada hari pertama saya berhijab, kebetulan kami mahu keluar. Apabila dia melihat saya bertudung, suami bagai terkedu sekejap. Suami beritahu itulah momen paling gembira buatnya seumur hidup. Namun, dia tidak terkejut kerana proses penghijrahan ini saya lakukan bersamanya.

Masih aktif bersama De Fam

Cik Manggis yang juga salah seorang daripada trio wanita, De Fam memberitahu, identiti dirinya dalam kumpulan itu masih sama biarpun sudah bertudung. Cik Manggis percaya mereka tidak mempunyai halangan untuk terus berkecimpung dalam dunia muzik.

Penghijrahan saya tidak memberi kesan buruk pada kerjaya atau De Fam, melainkan kebaikan. Sebenarnya, sebelum kami menubuhkan De Fam, kami sudah berbincang bagaimana jika suatu hari nanti kami berhijab. Kami tidak fikir ini menggugat perjalanan De Fam. Azira dan Sophia sangat gembira atas penghijrahan saya.

Sumber : BH online, Cik Manggis

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×