berita

Suami Peluk Pinggang Fara Mendoza, Emma Maembong Menari Di Kelab Malam?

October 4th, 2022 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Pelakon Emma Maembong menjadi tumpuan wargamaya selepas tampil dengan gaya rambut pendek sehingga terlihat lebih muda.

Artikel Berkaitan: Imej Ditegur Seksi, Emma Maembong Selesa Jadi Diri Sendiri – ‘Susah Nak Puaskan Hati Netizen’

Menari di kelab malam?

Terbaru, nama Emma sekali lagi menjadi bualan ramai selepas viral sebuah video yang didakwa di sebuah kelab malam. Rakaman itu dimuat naik oleh aktres Fara Mendoza di akaun TikTok miliknya.

Emma, 30, dilihat sedang seronok menari sambil tangannya diletakkan di atas bahu seorang lelaki yang dipercayai merupakan kenalan mereka juga.

Fara juga berkongsi video lain dengan menyatakan hubungan persahabatannya dengan pemilik nama Fatimah Rohani Ismail sudah memasuki 10 tahun.

Kongsi suami ke?

@faramendoza_ W bae @Emma Maembong ? original sound – FaraMendoza

Hasil tinjauan OhBulan!, suami Emma iaitu Muhammad Shazli Azhar turut menemani dengan berpakaian mengikut tema warna putih.

Dalam perkongsian lain, suami kepada pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta dilihat memeluk pinggang Fara ketika bergambar bersama.

Untuk rekod, Emma berkahwin dengan juruterbang Muhammad Shazli Azhar dan dikurniakan seorang bayi lelaki, Shariq Gabriel pada November 2020.

Sumber: TikTok @faramendoza_

SKIP THIS AD ×