berita

Suami Sakan ‘Like’ Gambar Perempuan Seksi, Abai Isteri Dalam Pantang Bawa Anak ‘Check-Up’

July 25th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Suami Like Gambar

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila terdapat segelintir kaum suami yang tidak mengambil berat terhadap keperluan isteri terutama selepas melahirkan anak.

Artikel Berkaitan: Wanita Dalam Pantang Ditemui Mati Dalam Keadaan Masih Memeluk Bayi

Artikel Berkaitan: Wanita Hamil Stres Suami Belum ‘Putus Susu’, Terpaksa Layan Drama Mentua – ‘Dia Tak Lepaskan Suami Aku’

Tak hargai pengorbanan isteri

Suami Like Gambar

Gambar sekadar hiasan

Menerusi hantaran di TikTok, wanita tersebut menceritakan pengalamannya semasa membuat pemeriksaan selepas bersalin di salah sebuah pusat perubatan.

Menurutnya, dia melihat seorang suami yang tidak menghiraukan anak dan isterinya ketika melakukan pemeriksaan kesihatan malah lelaki tersebut sempat melihat gambar wanita seksi di Instagram (IG).

Saya duduk di kerusi dan di sebelah saya ada seorang lelaki menunggu isterinya menjalankan pemeriksaan ibu dan anak.

Dia tengah ‘syok’ tengok IG perempuan lain, dia cari nama-nama perempuan di akaun IG dan semuanya seksi-seksi.

Saya dekat sebelah perhati jarinya ligat ‘like’ gambar, sedangkan isteri dia tengah jalan terkedek-kedek sakit sambil bawa anak lagi.

Dalam pada itu, dia menegaskan bahawa wanita yang baru bergelar ibu sudah semestinya memerlukan perhatian dan pertolongan suami ketika di dalam pantang.

Perempuan selepas kahwin dia akan ikut suaminya, tak ada kawan suamilah segala-galanya. Selepas itu ada anak pula, emosi ketika pantang dan tengah sakit ini memang gila kalau suami buat hal.

Perempuan apabila sudah ada anak, badan dia takkan sama macam anak dara.

Wanita berkenaan juga meluahkan kekecewaannya terhadap golongan lelaki yang tidak menghargai pengorbanan isteri dan menyelar sikap sesetengah lelaki mata keranjang.

Mungkin lelaki akan memperlekehkan hantaran ini sebab ‘biasalah tu lelaki kan, normal la lelaki macam tu’.

Mungkin awak kena rasa macam mana pasangan halal yang tidur sebantal, mandi sekali..setiap hari matanya menatap ‘benda itu’. Ya setiap hari itulah santapannya.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×