Gambar sekadar hiasan
Tular baru-baru ini luahan seorang wanita yang buntu kerana sikap mentua yang masih mengawal kehidupan suaminya sehingga mengganggu rumah tangga mereka.
Artikel Berkaitan: Wanita Hampir Keguguran, Ibu Mentua Larang Buka ‘Aircond’
Artikel Berkaitan: Wanita ‘Terkahwin’ Dengan Abang Kandung, Akibat Bapa Pernah Nikah Senyap-Senyap Di Thailand
Ikut kehendak mentua
Gambar sekadar hiasan
Menerusi ciapan di Twitter, seorang pengguna laman sosial tersebut mendedahkan situasi yang sedang dihadapi oleh wanita berkenaan.
Aku dah nak dekat setahun kahwin, bulan depan cukup lah setahun. Tapi aku ada masalah bila mentua tak ‘putus susu’ dekat anak dia. Maksudnya, dia tak boleh nak lepaskan suami aku ini hidup berdua dengan isteri sendiri.
Pada awal perkahwinan, wanita itu tinggal bersama keluarga mentuanya di sebuah rumah pangsa sebelum berpindah ke rumah sewa. Namun dia tetap berasa tidak selesa berikutan terdapat beberapa orang ahli keluarga yang bukan muhrim.
Difahamkan keadaan rumah juga tidak sesuai untuk menampung keluarga yang besar.
Setelah dia dan suami berpindah ke rumah sewa, bermulalah ‘drama’ daripada keluarga mentua.
Ibu mentua aku bising dekat suami, katanya rumah sewa kami mahal sangat.
Walaupun ada rumah sewa, setiap minggu kami akan tidur rumah mentua. Sebab mentua hari-hari ‘voicenote’ menangis dekat suami cakap sunyi dekat rumah tak ada sesiapa.
Makin tertekan
Gambar sekadar hiasan
Rasa kesal semakin bertambah apabila ibu mentuanya berkeras mahu dia berpantang di rumah pangsa tersebut.
Sekarang aku dah mengandung anak pertama, ibu mentua suruh aku berpantang di flat. Aku bagitahu mungkin aku akan balik ke kampung berpantang dengan mak aku sendiri. Terus ibu mentua cakap dekat suami nanti jauh la nak tengok cucu.
Tekanan wanita itu masih belum berakhir apabila dia berkemungkinan akan berpindah semula ke rumah mentuanya kerana suami tidak lagi mampu untuk membayar sewa rumah mereka.
Sekarang lagi dua bulan akan habis kontrak dengan rumah ini. Suami ajak pindah duduk dengan ibu mentua sebab aku tak bekerja dan dia tak boleh tampung sewa. Sedangkan hampir tiga per empat dalam rumah ini aku yang bayar selama ini.
Dalam pada itu, pada akhir luahan tersebut dia meminta pendapat warganet berhubung masalah yang sedang dihadapinya.
Sumber: Twitter