Foto: Tribun News
Penemuan empat rangka bayi yang dibalut dengan kain di sebuah kebun pada minggu lalu telah mengejutkan penduduk setempat.
Artikel Berkaitan: 18 Tahun Dijaga Keluarga Angkat, Baru Sebulan Jumpa Keluarga Kandung Dah Buat ‘Projek’ Dengan Bapa Sampai Hamil!
Artikel Berkaitan: Nak Kahwini Anak Kandung, Lelaki ‘Simpan’ 20 Isteri Dalam Treler Kotor, Paling Bongsu Umur 9 Tahun
Hamil sejak usia 14 tahun
Foto: Tribun News
Rangka bayi itu telah ditemukan oleh seorang pekerja yang datang ke kebun tersebut di Banyumas, Jawa Tengah di Indonesia pada 15 Jun lepas untuk menggali tanah.
Setelah menemukan tulang-belulang bayi yang ditanam pada ke dalaman 50 cm itu, dia kemudian bertindak melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.
Susulan itu, polis telah menahan seorang wanita berusia 25 tahun yang mengakui bahawa dia adalah ibu kepada empat rangka bayi yang ditemui itu.
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Banyumas, Agus Supriadi berkata pihaknya masih menyiasat kes tersebut sama ada suspek menggugurkan kandungan atau membunuh bayi-bayinya.
Kami belum tahu lagi, kami sedang menyiasat sama ada berlaku pengguguran atau pembunuhan. Apa yang jelas, dia mengaku itu (rangka bayi) adalah anak-anaknya.
Dalam pada itu, timbul dakwaan bahawa anak-anak yang dilahirkan wanita tersebut adalah hasil hubungan sumbang mahram dia dan bapanya. Malah suspek juga mengaku pertama kali dia melahirkan anak adalah pada tahun 2012.
Suspek juga pernah tinggal bersama bapanya di sebuah pondok berdekatan dengan tempat rangka bayi itu ditemui.
Ketika berusia 14 tahun dia hamil dan sejak 2012 dia sudah bersalin.
Sementara itu, difahamkan bahawa terdapat anak hasil hubungan terlarang itu yang masih hidup dan dibesarkan oleh keluarga angkat.
Penduduk kampung juga berkata wanita tersebut serta bapanya pernah diusir dari kampung dan berpindah randah.
Pihak berkuasa kini masih meneruskan cari gali kerana berkemungkinan bukan hanya empat mayat bayi yang ditanam di situ. Dalam masa yang sama polis juga sedang berusaha mencari bapa wanita berkenaan untuk siasatan lanjut.
Sumber: Tribun News