berita

‘Suami Saya Ajak Menari Dalam Rumah Sampai Dah Pandai’ – Hana Ismail

February 9th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sejak mendirikan rumah tangga pada bulan Disember tahun lalu, nama Da’i Syed dan isterinya, Hana Ismail sering menjadi perbualan netizen berikutan sikap romantik yang ditunjukkan oleh mereka di media sosial.

Artikel berkaitan: Main Ikat-Ikat Rambut, Netizen Tanya Isteri Da’i Syed Mengidam Baby Girl Ke?

Artikel berkaitan: [VIDEO] Kerap Sangat Tayang Gelagat ‘Sweet’, Netizen Label ‘Terpaling Kahwin’ Dekat Da’i Syed & Isteri

Artikel berkaitan: [VIDEO] Da’i Syed Sah Bergelar Suami Hana Ismail

Artikel berkaitan: [VIDEO] ’Perkenalan Hanya Selama Sebulan’ – Beza Usia 9 Tahun Bukan Halangan, Da’i Syed Bawa Hana Ismail Jumpa Ayah Di Mesir

Suka menari

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

Menerusi sebuah video temu bual bersama Media Hiburan, Hana memberitahu suaminya seorang yang manja. Tambah Hana, suaminya tidak suka berkeseorangan. Bukan itu sahaja, pendakwah tersebut sangat suka menari pelbagai jenis tarian.

Ujar Hana, dia boleh menghafal beberapa gerakan khas yang diajar oleh suaminya. Bercerita lebih lanjut, Hana berkata suaminya suka tersenyum selepas bangun daripada tidur.

Menurut Da’i Syed pula, Hana seorang isteri yang sangat bertanggungjawab, prihatin dan cekap dalam menjaga kebajikan suami. Jelasnya lagi, Hana seorang yang penyabar sepanjang mereka mendirikan rumah tangga.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berdoa agar jodoh pasangan ini berkekalan buat selama-lamanya. Netizen turut memberi pesanan kepada Hana dan Da’i Syed agar tidak terlalu menunjuk-nunjuk kebahagiaan mereka di media sosial. Ini kerana, usia perkahwinan mereka masih baharu lagi.

Sumber: Media Hiburan

SKIP THIS AD ×