berita

‘Suami Saya Yang Gatal, Miang’ – Tawar Diri Jadi BF ‘Olok-Olok’ & WhatsApp Isteri Orang, Wanita Minta Diceraikan

June 23rd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook, aktivis terkenal iaitu Syed Azmi, berkongsi sebuah kisah mengenai seorang wanita yang tertekan dengan sikap suaminya yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan isteri orang. Lebih menyedihkan, hal tersebut bukan pertama kali berlaku dalam rumah tangga mereka.

Pernah kantoi

Suami buat silap besar. Diberi pinjam offer diri dekat perempuan belum kahwin keluar dating selfie bagai. Tujuan nak buat ex bf perempuan tu jeles. Alasan dia. Pernah kantoi dan saya pergi serang perempuan tu, gara-gara gambar selfie suami saya perempuan tu buat dp Facebook dia.

Menurut Syed Azmi, kes pertama berlaku apabila si suami sanggup menawarkan diri menjadi ‘kekasih’ kepada seorang perempuan. Oleh kerana si isteri mengenali perempuan tersebut, peluang dan kemaafan telah diberikan kepada suami tercinta.

Namun begitu, rumah tangga mereka kembali goyah apabila si suami sering menghantar kiriman Whatsapp kepada seorang wanita yang merupakan isteri orang. Geram dengan perbuatan suami, wanita tersebut mengamuk dan nekad untuk bercerai.

Berwhatsapp dengan isteri orang. Apa yang saya baca, nampak suami saya yang gatal miang lebih. Isteri orang tu melayan biasa sahaja. Saya mengamuk lagi, tapi tak nak serang isteri orang tu sebab tahu suami yang gatal. SayA belasah suami cukup-cukup. Saya naik hantu. Suami akui kesalahan dia dan menangis merayu mohon ampun.

Patut bagi peluang atau tidak

Sekadar gambar hiasan

Sekarang suami tak kerja sebab Pkp. Saya sakit hati hadap muka dia. Saya suruh dia ceraikan saya tapi dia tak nak. Saya nekad nk cerai. Saya dah tak boleh terima apa yang dia buat. Saya dah bagi dia peluang sebelum ini.

Tambah wanita tersebut, suaminya enggan berpisah dan memohon supaya diberi peluang sekali lagi. Buntu memikirkan mengenai masalah yang berlaku, si isteri telah menghubungi Syed Azmi bagi mendapatkan pandangan.

Ujar Syed Azmi, mana-mana individu tidak boleh mengatakan kes tersebut ringan atau berat. Ini kerana, ianya bergantung kepada diri individu yang diuji itu. Malah, dia turut bertanya kepada si isteri sama ada sanggup atau tidak dengan pilihan yang bakal dipilih. Sekiranya sanggup, wanita tersebut perlu tetap dengan pendiriannya dan menerima semua yang berlaku selepas ini.

Sumber: Syed Azmi
The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×