berita

Suami ‘Setan’ Lacur Isteri Sendiri RM300 Bagi Setiap Sesi

September 14th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Setiap wanita mengidamkan pasangan hidup yang mampu membimbing dan menjaganya sehingga ke hujung hayat. Isteri diibarat sebagai tulang belakang si suami dan sepatutnya dilayan dengan baik oleh si suami.

Namun, ini kisah malang si isteri yang terjadi di Kuala Lumpur, apabila si suami sanggup melacurkan isterinya sendiri kepada orang lain.

Modus operandi melalui Whatsapp

Si suami durjana ini hanya menggunakan platform Whatsapp sebagai medium perantara bagi mencari pelanggan yang terdiri daripada warga tempatan sahaja.

“Siasatan awal mendapati suspek pertama adalah suami kepada wanita terbabit dan sudah menjalankan kegiatan ini sejak setahun lalu dengan bayaran RM300 di sekitar pusat bandaraya mengikut permintaan pelanggan”.

Kadar yang dikenakan adalah RM 300 bagi setiap sesi, dan aktiviti terkutuk ini telah bermula sejak setahun yang lalu. Ketika serbuan dilakukan, pihak polis merampas dua jenis telefon bimbit dan dua kondom.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, pasangan suami isteri itu turut mempunyai rekod jenayah lampau yang sama iaitu kes dadah mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kini pasangan itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×